Jun 7, 2005

Sebentar dari kelas..

Bismillah.

Kelas Fiqh. Apasal ntah rasa cam aku tak tau banyak perkara (atau ia ilmu baru??) Ilmu yang lama, banyak tak terserap dalam hati. Lupa. Hemm..itu fikirku. Yelah..subjek tu aku dah blaja dulu. Takkan sket pun tak ingat ek? Ada lah yang silap ni. Kelupaan..kealpaan..

Cakap tentang 4 mazhab kini. Bila ustaz tanye ttg Imam Syafie yg kita semua ikuti dalam banyak perkara, aku gumam. Ces..terpukul plak rasanya. Jadi selama ini aku tak kenal sape sifu sendiri. Ermm..apa anak jadi. Aku blind follower kah?? Semberono mengikut tanpa sedikit pun nak mengkaji, ermm..exam oriented.

Bila ustaz ulang soalan, apa yg kamu buat pd umur 7 tahun?? Imam Syafie dah menghafal Al Quran beb!

Aku?? Masa tu time aku main kat bendang, tangkap ikan laga, petik bunga nenek, main kawen-kawen..hehe. Begitu hingusan. Tapi, masa tu gak aku dilantik jadi ketua. Ketua kelas..ehh! Pembantu mulanya. Main galah panjang, aku lead kumpulan sampai jatuh menyodok tar jalan. Isk..kesannya masih ada sampai kini.

Cuba bayangkan gaya goal keeper tangkap bola..baik punya landing. Hah..aku pernah je buat aksi tu..hehe.

Dan tentunya saat kecil ku ada yg istimewa. Warna nya berbeza..pahit manis segar lagi dalam ingatan. Aku masih yang terbaik pada waktu kecilku. Umur 10 aku dah bantu ayah, ajar kawan seumurku mengaji (mekasih ayah..) Ermm..AsSyafie..

Oppss, aku kembali pada tajuk. Kembali fikir-fikir tentang subjek Fiqh. Tentang 4 mazhab yg telah aku blaja sedari sekolah menengah. Hemm..bila soalan diajukan, banyak betul ragu yg memenui kandil fikiran dari mengangkat tangan dan mencuba (lagi satu masalah aku..pun masalah student melayu)

Memang aku nampak yg aku kecik je kat kelas tu. Sem ni ntah lah..semangat nak blaja tak banyak. Kesian kat aku. Kesian, bleh ke jadi mentor ulung?? Subjek asas dalam fiqh, ermm..melilau je mata.

Aku banyak rosakkan plan sendiri. Hajat nak buat itu ini..dasar malas dan bertangguh. Subjek tak begitu mengghairahkan utk aku anyam dan aku biasa-biasa. Huhu..apa nak jadi??

Aku bukanlah teruk mana. Cam biasa, saja nak terjah diri. Bila ustaz 'terjah' kami dgn soalan yg basic je, mulalah ..tertunduk-tunduk..hehe. Aku antaranya. Kenapa ek tak seaktif selalu. Biar aku bagi jawapannya. Kerana aku kurang ilmu. Dan..ilmu yang ada tak kekal semadi dalam hati. Hati ni kotor.

Nah..jawabnya mudah. Aku pun tahu. Dek diserang masalah TM..aku banyak lupakan apa yg utama dan sering mencanang alasan. Aku kah mentor yang ulung..hahah!

1 comment:

mira said...

salam.

zaman dulu dan sekarang lain.

kalau along buat macam imam syafi'e buat, bukan mentor ulung lagi, tapi ustazah ulung ;)

tak salah. boleh sentiasa usaha. kitakan masih punya BANYAK potensi?

semuanya bergantung. pada SEDAR dan CEKAL.

alhamdulillah, masih rasa diri sebagai insan hina. itu nikmat orang beriman.